Minggu, 17 Juli 2011

79 Hari Lagi?

Homaigot! Betol ka ni? PMR tinggal 79 hari lagi? *panic mode* Adohai, camana ni? Preparations sejibik pun belom ready, tengoktengok dah nak PMR. Kepada adikadik ku yang tersayang, kalau nak PMR get ready awal yer. Ngee >< Jadi untuk memanjangkan post yang tidak sebeberapa ini, aku bagi korang tips untuk menghadap exam. *Tips-tips ni aku dapat dari internet dan dari cikgu sejarah aku.


Tip #1: Jangan makan kepala,leher ayam/ikan/daging. Cikgu aku cakap, tak bagus. Taktau la pulak kenapa. Hehe


Tip #2: Jangan tidur lambat. Otak kita perlukan tidur sebab dia nak save semua benda yang dia dah proses untuk hari tu. So sebelum exam janganlah tidur lambat. Bayangkan lepas menimba ilmu, pastu ilmu tu tak sempat nak save. Kan mampos kau. Bukan ada back up lagi.



Tip #3: Ni semua orang tau la. Makan secara sihat. Kalau makan sihat, badan sihat. Kalau badan sihat, otak pun sihat. Kalau otak sihat, pandai. Kalau pandai, BERJAYA la jadinya.

Tip #4: Kalau tak paham, tanya. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Kalau tak paham apa ysng diajar, tanya cikgu untuk keterangan lanjut. Takda cikgu nak makan korang kalau korang tanya. Kalau ya pun cikgu korang tu cannibal macam dalam cerita Robinson Crusoe, tanya la kawan yang lebih faham.


Tip#5: Speaking of friends, buat la study group. Belajar kat library kalau ada masa. Pastu kalau dah bekumpul, jangan pulak gossip pasal Kate Middleton pegi melawat LA.


Tip#6: IKLAN~Soya tidak baik untuk lelaki kerana boleh mandul. Betulkah?


Tip#7: Jangan belajar.......lama sangat. Dulu, entahla sapa yang cakap, belajar setengah jam pun dah cukup. Pastu rehat la, main game ke merempit ke. Then sambung belajar. Kan otak kita macam komputer. Kalau di-on lama lama kan hang. Melainkanlah otak korang dah diupgrade pegi processor quad-core macam si Adi Putra tu. Bahahaha


Tip#8: Kalau belajar, concentrate. Cikgu mengajar jangan cakap. Baru paham. Kalau dah paham, takpayah la nak revision lama-lama. Kan? Kan? Kan?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar